Dalam minggu ni, 2 orang yang aku kenali telah meninggal dunia.
Yang pertama pada 08.10.08, member aku yang masuk keje hari yang sama dengan aku meninggal dalam keadaan tragis. Mohd Rohli b. Che Soh telah jatuh dari bangunan tingkat 9 di rumahnya Kuarters Tg. Kupang. Dari cerita yang aku dengar, arwah nak jemur carpet. Pastu tergelincir dari balkoni belakang.Warga Kastam telah kehilangan seorang pegawai yang sangat dedikasi dan baik dalm menjalankan tugas pencegahan. Arwah meninggalkan seorang isteri dan seorang anak. Yang kedua, pada 11.10.08, boss isteri aku yang dah lama juga aku kenali iaitu Pak Ungku Hamzah b. Ungku Abd. Rahman meninggal pada petang jam 4.50p.m. Kebetulan aku sebenarnya dalam pukul 4.30 tu datang rumah pak ungku nak melawat dan beraya bersama ngan kawan isteri ku yang datang dari batu pahat. Tak sangka pulak, waktu kami datang tu arwah tengah nazak. Mujurlah isteri ku sempat untuk melihat arwah bossnya.
Arwah Pak Ungku meninggal dunia kerana sakit bengkak hati dan sakit tua.
AL-FATIHAH......
SEMOGA ROH MEREKA DICUCURI RAHMAT DARI ALLAH.
Sunday, October 12, 2008
Saturday, October 4, 2008
AFT 139
Faizul di tahun 1983
Friday, October 3, 2008
Hari Raya Aidilfitri 2008
Subscribe to:
Comments (Atom)