Pesan Roh Kepada Manusia
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam
sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang
memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada
seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam
keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin
kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku
luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak
kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya
jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat
wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana
tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku,
aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi
diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur
selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali
terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula
berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,
jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan
janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk
warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" .
"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan
keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur
pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur
masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi
nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya
juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya
mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi
mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan
teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan
tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam
itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya
dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran
itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi
bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur
dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh
dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang
lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut
hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali
datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya
hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang
itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail
A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang
nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang
beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada
di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang
nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di
sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di
neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di
sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka
yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin
itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut
hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir
dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu
mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut
mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu
cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat
perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang
mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan
ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh
orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan
ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak
ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang
alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan
enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh
orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah
telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun
berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini
sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut
cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak
menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata
ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat
maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang
bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan
tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat
perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan
menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya
kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan
tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar
dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut
kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan
tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment